Tuesday 27 November 2012

PENGENALAN-BAHASA KEDUA



PENGENALAN


Semua manusia termasuk mereka yang hidup di dalam hutan rimba dan pulau-pulau terpencil menggunakan bahasa untuk saling berkomunikasi. Apapun yang dilakukan oleh manusia ketika berinteraksi dengan sesamanya, ketika bermain, berkelahi, bercinta atau melakukan transaksi jual beli, mereka berbicara. Kita berbicara dengan teman, guru, istri, suami, anak-anak, mertua, dan orang-orang lain di sekitar kita. Terkadang kita berbicara dengan bertatap muka, terkadang juga kita berbicara melalui telefon. Kadangkala kita berbicara dengan menggunakan kata-kata lisan, kadang kala menggunakan sms di handphone.  Pendek kata, dalam kehidupan kita hampir tidak ada waktu berlalu tanpa kita berbicara, bahkan dalam tidur pun terkadang kita masih berbicara. Sebahagian dari kita malah berbicara kepada haiwan peliharaan kita, bahkan sebahagian lagi malah senang berbicara sendiri.

 Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara sesama mereka. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi.

 Tedapat berbagai-bagai definisi bahasa yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa dan juga linguistik. Di antaranya adalah seperti berikut:

”Bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk mewakili sesuatu.” (Reed, C.A., 1994)

”Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya (arbitrary) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung.”
(Simanjuntak, 1978)

”Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang dan dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi.” (Bloom, 1988)


Daripada definisi bahasa di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang (arbitrari). Menurut Hayakawa (1964), arbitrari bermaksud sebagai “ no necessary connection between the symbol and that which is symbolized…”

Menurut al-Khuli (1986) bahasa adalah ujaran bunyi yang digunakan oleh sesuatu kelompok masyarakat untuk berkomunikasi. Untuk membolehkan seseorang itu berkomunikasi, seseorang penutur itu perlu menguasai kompetensi komunikatif. Kompetensi komunikatif ini adalah merujuk kepada keupayaan seseorang penutur untuk menggunakan elemen-elemen bahasa di dalam pertuturan di mana ia boleh merujuk kepada pengetahuan dan strategi yang bersesuaian yang membolehkannya berkomunikasi.

Kanak-kanak dikatakan bukan sahaja memperoleh tatabahasa dalam proses pemerolehan bahasa kedua tetapi juga kesesuaian berbahasa (appropriacy).  Kanak-kanak tersebut memperoleh kecekapan tentang apa-apa yang perlu diujarkan, bila, di mana, dan bagaimana.Seseorang yang mempelajari bahasa bukan ibundanya boleh dikategorikan sebagai belajar bahasa kedua atau bahasa asing.
        Dengan kata lain, seseorang penutur itu bukan sekadar mengaplikasikan rumus-rumus tatabahasa yang betul dalam pertuturan tetapi ia perlu mengetahui bila dan di manakah ia perlu dituturi. Konsep kompetensi komunikasi mula tercetus pada pertengahan 1960 an . Di antara pengkaji yang mengupas konsep ini ialah Hymes (1967),Chomsky (1965) ,Canale dan Swain (1980) dan Bachman (1990).

No comments:

Post a Comment