Halangan-halangan yang dihadapi dalam pemerolehan bahasa kedua
Semasa proses mempelajari dan meningkatkan kemahiran serta kecekapan berbahasa
kedua terdapat banyak halangan-halangan yang sering dihadapi oleh
seseorang individu.
Teori
masa kritikal menjelaskan bahawa jangka masa yang paling baik untuk
pembelajaran bahasa ialah sewaktu dalam lingkungan usia kanak-kanak.
Pendapat ini mengatakan, jika seseorang itu sudah melebihi usia
balighnya, dia semakin sukar untuk menguasai sesuatu bahasa kerana
otaknya sudah berkembang sepenuhnya. Oleh itu penguasaan bahasa asing
atau bahasa kedua perlu dipelajari sejak kecil lagi.
Halangan
yang kedua ialah apabila seseorang itu tidak mengamalkan amalan
pembelajaran sepanjang hayat. Untuk lebih menguasai pemerolehan bahasa
kedua, individu perlulah sentiasa berusaha mempelajarinya dan tidak
berputus asa mendapatkannya. Latihan yang berulang-ulang untuk
pemerolehan bahasa kedua boleh dilakukan untuk menguasainya. Kanak-kanak
lebih pantas menguasai perbendaharaan kata dan sruktur gramatikal pada
usia 5 tahun.
Bagi
golongan remaja dan dewasa yang mempunyai pengetahuan asas dalam bahasa
kedua, mereka lebih mudah dan cepat untuk mempelajarinya. Mereka yang
tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai bahasa kedua tersebut akan
mengalami sedikit kesukaran untuk mempelajari bahasa tersebut.
Masalah lain yang sering menjadi halangan untuk pemerolehan bahasa kedua ialah pengaruh
daripada bahasa pertama. Ini kerana menurut Stephen Krashen, meutur
memperoleh bahasa pertama secara natural melalui perbualan seharian.
Pembelajaran bahasa kedua pula berlaku pembetulan kesalahan semasa
berlaku proses pembelajaran dan juga pengaruh bahasa pertama. Penutur
yang masih dalam proses pembelajaran awal untuk penguasaan bahasa kedua,
dia berkemungkinan untuk terikut-ikut dengab konsep dan peraturan hokum
bahasa pertama yang mungkin sekali berbeza dengan konsep dan hokum
bahasa bagi bahasa kedua yang dipelajari.
Terdapat
bahasa asing yang merupakan bahasa kedua bagi sestengah tempat menjadi
bahasa yang biasa digunakan bagi kebanyakan golongan dalam seseuatu
tempat atau negara. Contohnya bagi negara China, masyarakat di sana
tidak menggunakan bahasa asing seperti bahasa inggeris sebagai bahasa
yang digunakan seharian dalam kehidupan mereka. Ini mungkin disebabkan
oleh faktor sejarah, bentuk tulisan dan tiada persamaan perbendaharaan
kata dalam bahasa mereka. Oleh sebab itu, masyarakat China mempunyai
masalah untuk menguasai bahasa kedua dengan mudah kerana sekiranaya
daripada zaman kanak-kanak lagi sudah biasa mendengarkan dan menuturkan
bahasa tersebut, mereka boleh bertutur dalam bahasa kedua dengan fasih
dan dengan lebih kerap.
Latihan
pengukuhan yang kurang juga menjadi faktor penutur tidak memperolehi
kefasihan dalam bahasa kedua. Penutur sendiri perlu lebih banayk proses
pengulangan semasa dalam pembelajaran dan mendapatkan bantuan rakan
sebaya yang berkemahiran dalam bahasa tersebut. Penutur bahasa kedua
perlu memahirkan diri dengan kerumitan tatabahasa dan sruktur ayat
bahasa sasaran. Srategi pembelajaran yang tidak berkesan juga menjadi
penyumbang mengapa penutur tidak berjaya memperoleh bahasa kedua dengan
baik.
Antara
halangan-halangan yang lain pula ialah masalah dalaman penutur itu
sendiri. Apabila penutur tidak mempunyai keinginan yang kuat untuk
mempelajari bahasa kedua, tidak mustahil individu tersebut tidak berjaya
mencapai kejayaan seperti mana yang diharapkan. Walaupun kadangkala
mereka menyedari akan kepentingan bahasa kedua namun mereka tidak
mempunyai keazaman dan motivasi yang tinggi untuk menguasainya. Corak
perasaan dan pemikiran akan mempengaruhi mereka untuk berusaha secara
gigih atau tidak semasa proses pembelajaran dijalankan.
Penutur
juga tidak akan dapat memahirkan diri dengan penggunaan bahasa kedua
sekiranya mereka tidak mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Mereka
tidak menumpukan sepenuhnya terhadap proses pembelajaran mereka dan
sentiasa merasakan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk
mempraktikkannya. Mereka hanya berpeluang untuk menggunakan bahasa
tersebut semasa dalam kelas sahaja kerana mereka lebih selesa
menggunakan bahassa ibunda dalam perbualan seharian.
Kesimpulannya
masih terdapat banyak halangan-halangan yang dihadapi oleh penutur
dalam pemerolehan bahasa kedua yang tidak ditangani dengan serius.
Kebanyakannya masalah berpunca daripada diri penutur itu sendiri.
Penutur hendaklah sedar dan berusaha untuk menanganinya agar ia tidak menjadi halangan untuk terus berjaya dalam pemerolehan bahasa kedua.